Subscribe:

Ads 468x60px

Tuesday 16 December 2014

ANGRY BIRD ACTIVITY PARK JOHOR BAHRU YANG ENJOY!!

Hari kedua percutian kami di Johor Bahru pada 28 Disember 2014...

Kami memilih Angry Bird Activity Park , Johor Bahru sebagai destinasi berikutnya.
Terletak di Level 3, Bangunan KOMTAR ,Johor Bahru. (betul-betul kt pusat bandaraya JB)..

Alhamdulillah parking mudah dapat dlm bangunan ini..

Sesampainya disini, suami beratur membeli tiket..

HARGA TIKET MASUK ANGRY BIRD PARK INI SEPERTI TERTERA DI PICTURE : 


NOTA Tambahan : kanak2 bawah 3 tahun adalah PERCUMA!!

So Wafiy umur 2 tahun dpt free
Yang selebihnya kami berempat amik tiket yang pakej family pakej 4 person ...So dpt jimat ckit!!

Selesai membeli tiket , kami diminta untuk masuk dengan memakai STOKIN!!

Alamak, semua orang xde stokin!! Petugas menasihati kami untuk membeli stokin di kedai2 dalam MALL KOMTAR ini....So kami xdapat nak masuk lagi................kene gi cari stokin dulu!!

Puas memusing satu Mall akhirnya dapat juga beli stokin!!Terus naik balik level 3 untuk masuk...anak2 dah bising xsabar nak masuk!!

Akhirnya berjaya jugak kami masuk ke dalam Dunia Angry Bird nie....Fuhh...

Meh layan Picture dari kami :



















Kesimpulannya bagi anda yang nak datang berkunjung ke sini jangan lupa Bawak Stokin siap-siap ekk!! Permainannya menarik jugak & kami sangat enjoy berkunjung ke sini...

Sekian .........:)

Monday 15 December 2014

TIPS MEMILIH / MEMBELI IKAN KELI DI PASAR

Assalamualaikum..

Jumaat lepas saya menghadiri Ceramah Kesihatan Ajuran PUSPANITA KPM di pejabat saya..

Tajuk Ceramah : Air Sihat VS Air Sakit



Oleh : En. Ahmad Junaidi dari Universiti Malaya...

Walaupun tajuk pasai air, tetapi Memandangkan beliau merupakan pengkaji ikan air tawar... Maka beliau share sedikit info menarik yang saya rasa kita semua perlu tahu.

Antara Pesanan Beliau :

* banyakkan makan ikan darat lebih dari makan ikan laut. sebab ikan laut nie banyak toksiknya

* Dalam banyak2 ikan, ikan keli paling tinggi DHA & EPA malah lebih tinggi dari ikan haruan!!



Justeru beliau memberi Tips Cara Nak Pilih Ikan Keli di Pasar :

Menurut beliau , ikan keli yang terbaik semestinya yang fresh dari sungai atau dari sawah padi..Tapi zaman sekarang dah susah nk jumpa ikan keli disawah kerana pencemaran racun rumpai utk proses tanaman padi.

Jadi Ikan Keli banyak dibela dalam kolam untuk dikomersialkan... Namun bukan semua ikan keli bela nie bagus untuk dimakan...ada yang sesetengah nya diberi makan makanan2 berasaskan lemak2 dan daging2 yang tidak sepatutnyaa   .#$%$^..

bukan semua taw..ada jugak  yang dibela dgn cara yang baik ..Jadi kita kena hati2 untuk pilih ikan keli yg betul2 dibela dengan baik cara pemberian  makanannya........:)

TIPS MEMILIH IKAN KELI DIPASAR :

1-  JANGAN  memilih ikan keli yang warnanya HITAM , PEKAT BERKILAT..sebab ianya ciri2 ikan keli bela yang diberi makan lemak2 haiwan yang tidak sepatutnya.

2-  LIHAT dibawah perut ikan keli ..kan bahagian bawah perut ikan keli tu macam kaler putih2 kan... So beliau pesan JANGAN ambil kalau warnanya putih kekuning -kuningan.... kerana itu juga tanda2 keli tersebut makan lemak haiwan!!

3- PILIH ikan keli yang bersaiz sederhana atau kecil atau sedang2 sahaja..JANGAN amik yang terlalu besar.....kerana besar juga menunjukkan ciri2 makan lemak haiwan tersebut!!



Nie laaa muka en ahmad junaidi tuu.....

Nanti saya kongsi kepentingan Air Sihat nie plak yer..:)

Lagi Menarik ...:)

Kesimpulannya dalam aspek pemakanan kita perlu lebih berhati2 dalam memilih..kerana setiap makanan yang kita makan menjadi darah daging kita..malah bole mengakibat kesan kepada tahap kesihatan badan kita...pilih lah makanan yang halal, bersih, berkualiti dan berkhasiat...

Macamtu jgk kalau nak pilih suppliment, pilihla yang berkualiti, halal dan semulajadi tanpa ada sebarang bahan sintetik......macam Shaklee.....weee... nak Jgk ckp pasal Shaklee tuu...:)


Sekian..

Silakan share jika bermanfaat :)

PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE DENGAN VITAMIN C JENAMA LAIN




Assalamualaikum...

Tahukah anda bahawa Vitamin C Shaklee yang nama penuhnya Sustain Release Vitamin C nie sangat berbeza dengan  Vitamin C yang terdapat  di pasaran..

Erm..yekehhh..boleh caya ke? Betulll kawan2........

jom baca apa perbezaanya :


1.Vitamin C Shaklee BUKAN vitamin sintetik!

Suplemen yang ada di Shaklee semuanya terdiri daripada vitamin natural-termasuklah Vitamin C. Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas! Jadi anda kena cek betul2 kalau nk beli vitamin C jenama lain tu sama ada ia sintetik ke x...... ala, kalau nk selamat, baik amik Vit C shaklee ajer......in Sha Allah Semulajadi :)

2. Vitamin C Shaklee bersifat 'Sustained Release'

Yang nie paling saya suka kelainannya dari vitamin c yang lain. Tahukah anda,
Apabila anda memakan Vitamin C Shaklee (500mg), anda akan mendapat manfaatnya berterusan lebih kurang selama 5 jam! Ini adalah kerana, ia akan dilepaskan sebanyak 100mg bagi setiap 1 jam. Bermakna anda akan mendapat manfaatnya selama 5 jam tanpa henti...BEST kan...sebab tu nama dia "sustain release"

Sangat berbeza dgn vitamin c jenama lain yang tidak bersifat "sustain release"... maksudnya kalau vitamin c jenama A nie 1000mg skali pun, hanya sekali pelepasan sahaja berlaku, iaitu tidak berperingkat2... jadi sangat rugi, jika dalam satu masa tubuh hanya memerlukan 200mg sahaja, maka 800mg lagi akn dilepaskan dr tubuh..rugi kan!!!

3. 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan 7 setengah biji oren!

Bagi yang xsuka makan buah oren..yang susah nk beli buah oren, jarang2 nk beli buah..Nah ini juga penyelesaiannya...

Bayangkan dengan hanya memakan 1 biji tablet Vitamin C Shaklee, anda mendapat manfaat sebanyak anda memakan 7 setengah biji oren setiap hari! 



4. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids bersamanya

Tahukah anda bahawa vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids? 

Ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja. Bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar. Bioflavonoids adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Dan ya, Vitamin C Shaklee ada bioflavonoids! Sekali lagi saya pesan, cek betul2 vitamin C kt luar sana sintetik ke natural ..okey.. :)

5. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

xcaya cuba rasa...mmg masam habis!! tapi xpe, cara makannya xyah isap, kunyah...just amik sebiji tu telan terus dgn air..so xsempat nk rasa kemasamannya...ngeee:)


Apa Khasiat Vitamin C Shaklee nie ???

Meh baca di picture ini :






Disember 2014 PROMO VITAMIN C SHAKLEE TAW!!

BELI 6 PERCUMA 1 .........HAH DAPAT 7 TERUS!!


Harga Retail sebotol vitamin c shaklee  : RM92.50


Tapi kalau nak dapat harga Special promo bulann nie...meh contact saya..in sha Allah harga terbaik dari saya.lebih murah dari harga diatas.konsultasi percuma juga....:)



JUST PM / WASSAP saya,

ZIHAN      013 3408184

PENGEDAR SHAKLEE  PUTRAJAYA & BANGI
PENGEPOSAN SELURUH NEGARA










Friday 5 December 2014

PERCUTIAN DI JOHOR BAHRU (DAY 1) - HOTEL JSL , MURAH , JIMAT & SELESA

Assalamualaikum...

Musim cuti sekolah kembali lagi... kali nie destinasi percutian kami ialah Johor Bahru!!

Memandangkan percutian kali nie nak masuk LEGOLAND (kos yang tinggi), maka kami decide untuk mencari hotel2 bajet tetapi selesa di sekitar Johor Bahru sahaja ..

Setelah buat survey , mendapatkan dari carian encik google dan pendapat kawan2...Akhirnya kami memilih Hotel  JSL , Taman Johor Jaya, Johor Bahru.

Kami membuat booking hotel 2 minggu awal dari tarikh ke JB. Booking hanya melalui call ajer.

Kami bertolak dari Putrajaya pada jam 6.00ptg (selepas balik dr kerja) 26 Disember 2014 dan selamat sampai di Hotel JSL , Johor Bahru pada jam 10.00 malam. Memang semasa booking kami bagitau siap2 nak check in lewat malam...Dan hotel tu cakap okey je..no problem....!! Bukannya apa, dulu kami pernah mengalami pengalaman hotel xnak terima booking selepas jam 4.00ptg!! kami sampai depa dah bagi bilik kami kt orang lain...huhu.....sadis....

Tapi Hotel JSL, mudah berurusan....sempoi je...:)


 Tadaaa.... ini lah hotelnyaaa.....
Nampak dari luar macam buruk jaaa kann....dia memang bangunan kedai 3 tingkat...keliling hotel semua kedai2 chinese...mula2 rasa macam seram jugak nak masuk hotel nie...tapi xpe lah...redha jelah..dah nak yang murah2 ja so kena laa terima....hihi :)


Tapi alhamdulillah bila masuk melangkah je kedalam hotel...wah..not bad :)
Kami book bilik Executive Family Suite hanya RM150+ ( Gov Rate)  sahaja semalam dan kami menginap selama 3 malam. So total RM450+ ajer utk 3 malam!! Jimat kan...

Jom Usha keadaan dalam bilik hotel pula...:)


Executive Family Suite nie ada 2 katil Queen Saiz.dan lagi satu yang syok dpt bantal 8 biji!! xkedekut bantal noh depa nie.....so sesuai lah dengan kami suami isteri dgn ank 3 orang.

Ada almari pakaian 1, TV 1, Peti ais kecil ( dalam kabinet kayu tepi meja tu)& hall lapang depan tv tu ..sesuai la utk anak2 nak main2...:)



Ini pula bilik air....ada dua bilik air.. 1 , bilik tandas skali dgn shower mandi, 1 bilik lagi shower mandi je.. So tak lah berebut bilik mandi pagi2..lagi satu yang istimewa selain dpt sabun, shampoo hotel, depa juga kasi berus gigi & ubat gigi baq hanggg!!.. jarang hotel2 kt malaysia nak kasi..:)


oh yaa... menginap disini dapat breakfast free okey.. so dah dpt jimat sarapan pagi!!
Tapi sarapannya idak la semewah mcm hotel yang mahal...1 menu je stiap pagi..tapi turut disediakan ruang utk makan roti bakar :)

Ruang Cafe dia menarik tauuu!! kt atas bumbung....baq hang!! Berangin ja makan atas bumbung tuu..bole nampak pemandangan dari atas bumbung..hihi...oh jgn bimbang, naik ats bumbung nie guna lift...tekan tingkat 4!! :)


 inilah dia SKY GARDEN CAFE!!!  :)

okey bagi anda yang berminat untuk menginap di hotel ini........

Nah ...dibawah ini lah rate nya jenis bilik yg disediakan...kalau anda gov servant boleh dpt lagi murah la...walaupun kami dtg masa cuti sekolah still harga ikut Gov Rate seperti di list tuh!!






untuk keterangan lanjut anda boleh layari www.jslhotel.com
atau hubungi 07-3535511 :)

Memang sesuai lah sapa2 yang nak duduk hotel ala2 bajet2 jaa....murah , bersih dan selesa :)

Terima kasih JSL Hotel atas layanan  yang best sepanjang kami di sana..panjang umur jumpa lagi :)


p/s : nak dapatkan suppliment shaklee dgn harga istimewa?
       @ nak tambah pendapatan dengan hanya modal RM65??
       wassap zihan ya.. 0133408184 - pengedar shaklee from putrajaya :)


Wednesday 3 December 2014

TIPS GALAK ANAK2 SEMANGAT MENABUNG!! - TABUNG PERCUTIAN LEGOLAND :)

Assalamualaikum...

Sekarang tgh musim cuti sekolah kan..... mesti ramai parents  dah plan nak bawak anak2 gi jalan2...
kemana destinasi anda???

Saya dah selesai bawa anak2 pergi bercuti minggu lepas... ke Legoland Malaysia kt Nusajaya JB.

In Sha Allah saya akan share pengalaman ke Legoland & Johor Bahru di entry berikutnya.. Disebalik kegembiraan kami kesana ada sejarah bagaimana kami dpat ke sana dengan jayanya.....

Harini saya nak share macammana saya menggalakkan anak2 saya semangat untuk menabung setiap hari.

Pada Disember 2013, anak2 saya si Muaz & Humaira dah pujuk2 saya nak ke Legoland ....Almaklum laa..banyak iklan kt TV dah pasal legoland kan....

Tapi ketika itu saya dan suami belum bersedia untuk ke sana....apatah lagi pergi legoland kos yang agak tinggi bagi orang yang hidup sederhana makan gaji mcm kami nie mmg kene pikir 2,3 kali jgk la nak masuk situ...(masa tu baru ckit2 berjinak dengan Shaklee)..dengan kos menginap dihotel , kos makan, kos minyak tol bagai...tu semua diambil kira.....jadi nya kami hanya bawa anak2 ke Cameron Highland je ... Tempat percutian yang paling jimat...hihi ... asalkan dpt bawak depa bercuti...dpt duduk hotel,..dah happy dah sbenarnya..:)

Ok, disebabkan anak2 saya asyik push nak pegi legoland..nak pegi legoland...
masa januari ,awal persekolahan tu Humaira & Muaz cakap lagi pasal legoland..

" ummi...  kawan2 muaz semua dah pegi legoland cuti sekolah aritu....muaz je xpegi lagi"

disambut oleh kakaknya humaira " aah...kawan2 kakak pun ramai dh pegi legoland haritu...jom la kita pegi nnti ummi"

sebenar nak tergelak jgk ..xkan laah smua org dah pergi kot ...sy rasa mungkin ada 2,3 org yg pergi dlm kelas dia tuu...tp cara dia critaa....nahhh haaiihhh smua org dah pegii!!!


saya nak jawab...errr....err...apa aku nak jawab nie..tiba2 Allah dtgkan ilham pada saya...

" okey....in sha Allah nanti kita pergi legoland tu ya...tapi dengan syarat kakak dengan muaz kena buat tabung legoland!!"

humaira " apsal kena buat tabung plak..nak buat apa tabung tu..

muaz " tabung tu apa ummi...."

saya jawab " tabung tu tempat kita simpan duit....bila kakak n muaz blk sekolah, baki duit sekolah yg ummi n abah kasi tu simpan dalam tabung tuuu.....nnti bila dah penuh tabung tuuu baruu kita pegi legoland yaaa...... legoland nie mahal tempatnya...sebab tu kita kena simpan duit utk pergi kesana"

humaira " ooo..yeke...mahal ek ummi...brapa ringgiT kalau nak masuk kesana ??"

saya " mahal sangat...sekali masuk rm140 seorang dewasa...kanak2 rm90..cuba kakak kira brapa jumlah kalau kita 5 orang skeluarga ni pergi"

humaira mula mengerut2 mengira...." hmmm..brapa ekk..xtau la kakak...ratus22 la agaknya...yer ummi"

saya " haaa...pandai pun...lebih kurang RM500 la kalau nk masuk ke sana..kakak ada ke duit rm500??

Humaira" wahhh banyaknyeee...kakak xde duit..."

saya " haa..ummi pun xde....so sebab tu ummi nak kita menabung..simpan duit dari sekarang..bila tabung dah penuh  kita pergi lah nanti!!"
...
Start dari hari tu saya pergi kedai belikan tabung untuk depa....esok nya depa dah start projek menabung... saya namakan tabung itu sebagai TABUNG LEGOLAND!! 



yang kaler pink tu kakak humaira punya...Kuning tu Muaz punya..:)

Hari2 humaira & muaz lepas blk sekolah akan masukkan baki wang belanja sekolah depa dalam tabung..mereka lebih menghargai wang yang dimiliki..stiap kali nmpk syiling dilantai , depa berebut nak masuk dalam tabung...dengan harapan tabung tu akan cepat penuh...hihi.

mereka juga mula belajar erti berjimat....nampk ketara perubahan humaira..sebelum nie masa dia darjah 1, duit poket saya bagi mesti habis dia blanja...tp lepas adanya tabung legoland, dia dah pandai jimat cermat beli apa yg perlu..dah xbeli menda merapu mcm beli jajan ke mainan ka.....dia beli nasi , kuih ja untuk dia makan waktu rehat..

Begitulah proses mereka setiap hari sehingga lah berakhirnya sesi persekolahan 2014 baru2 ini.....
Elok2 ja..tabung pun penuh!!

Seperti di picture nie...




Kami mulakan proses memecah tabung dan mengira jumlah...Jumlah keseluruhan dapat dalam RM300 utk dua tabung nie....

Sbnarnya tabung nie xdak lah saya guna pegi legoland pun.....saya masukkan ke dalam akaun simpanan  bank depa jaa....tujuaan sebenar nak galak depa menabung aja..dan nak mereka faham bukan senang nak senang..bukan senang nak dapat duit....

Sebaliknya saya guna duit SHAKLEE untuk ke Legoland tuuuu ........!!

Sebenarnya saya sendiri juga  yang menabung legoland itu ..saya guna duit bonus Shaklee saya stiap bulan yang saya dapat tu...sy asingkan utk legoland di akaun simpanan saya....alhamdulillah...memamg lebih dari cukup untuk masuk ke sana....malah siap bole Shopping kt JPO lagi ..hehehe..

Syukur Alhamdulillah.....Akhirnya kami sampai juga ke Legoland Malaysia Nusajaya pada 27 November 2014 yang lalu..:)




Kesimpulannya disini saya nak kongsi, anda boleh cuba cara saya ini untuk penrcutian anda bersama anak2 and anda akan dtg..xkisah laa tabung cuti ke langkawi ke tabung ke sabah ke  tabung disneyland ke....... buat ajer..in sha Allah dpt mendidik anak2 kita untuk menabung...dalam masa sama kita sendiri diam2 menabung juga............

so win win situation.... simpanan anak kita penuh di bank....kita juga xpening nak cari duit pegi jalan2 makan angin...betul ke betul...hihi:)

Ok, terima kasih sudi membaca coretan saya.. feel free to share :)

zihan ,
3 disember 2014.

#ingin  buat partime / fulltime bisness shaklee?? 
  hubungi saya - 0133408184 - zihan.