Subscribe:

Ads 468x60px

Monday 15 December 2014

TIPS MEMILIH / MEMBELI IKAN KELI DI PASAR

Assalamualaikum..

Jumaat lepas saya menghadiri Ceramah Kesihatan Ajuran PUSPANITA KPM di pejabat saya..

Tajuk Ceramah : Air Sihat VS Air Sakit



Oleh : En. Ahmad Junaidi dari Universiti Malaya...

Walaupun tajuk pasai air, tetapi Memandangkan beliau merupakan pengkaji ikan air tawar... Maka beliau share sedikit info menarik yang saya rasa kita semua perlu tahu.

Antara Pesanan Beliau :

* banyakkan makan ikan darat lebih dari makan ikan laut. sebab ikan laut nie banyak toksiknya

* Dalam banyak2 ikan, ikan keli paling tinggi DHA & EPA malah lebih tinggi dari ikan haruan!!



Justeru beliau memberi Tips Cara Nak Pilih Ikan Keli di Pasar :

Menurut beliau , ikan keli yang terbaik semestinya yang fresh dari sungai atau dari sawah padi..Tapi zaman sekarang dah susah nk jumpa ikan keli disawah kerana pencemaran racun rumpai utk proses tanaman padi.

Jadi Ikan Keli banyak dibela dalam kolam untuk dikomersialkan... Namun bukan semua ikan keli bela nie bagus untuk dimakan...ada yang sesetengah nya diberi makan makanan2 berasaskan lemak2 dan daging2 yang tidak sepatutnyaa   .#$%$^..

bukan semua taw..ada jugak  yang dibela dgn cara yang baik ..Jadi kita kena hati2 untuk pilih ikan keli yg betul2 dibela dengan baik cara pemberian  makanannya........:)

TIPS MEMILIH IKAN KELI DIPASAR :

1-  JANGAN  memilih ikan keli yang warnanya HITAM , PEKAT BERKILAT..sebab ianya ciri2 ikan keli bela yang diberi makan lemak2 haiwan yang tidak sepatutnya.

2-  LIHAT dibawah perut ikan keli ..kan bahagian bawah perut ikan keli tu macam kaler putih2 kan... So beliau pesan JANGAN ambil kalau warnanya putih kekuning -kuningan.... kerana itu juga tanda2 keli tersebut makan lemak haiwan!!

3- PILIH ikan keli yang bersaiz sederhana atau kecil atau sedang2 sahaja..JANGAN amik yang terlalu besar.....kerana besar juga menunjukkan ciri2 makan lemak haiwan tersebut!!



Nie laaa muka en ahmad junaidi tuu.....

Nanti saya kongsi kepentingan Air Sihat nie plak yer..:)

Lagi Menarik ...:)

Kesimpulannya dalam aspek pemakanan kita perlu lebih berhati2 dalam memilih..kerana setiap makanan yang kita makan menjadi darah daging kita..malah bole mengakibat kesan kepada tahap kesihatan badan kita...pilih lah makanan yang halal, bersih, berkualiti dan berkhasiat...

Macamtu jgk kalau nak pilih suppliment, pilihla yang berkualiti, halal dan semulajadi tanpa ada sebarang bahan sintetik......macam Shaklee.....weee... nak Jgk ckp pasal Shaklee tuu...:)


Sekian..

Silakan share jika bermanfaat :)

0 comments:

Post a Comment